KLUANG - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau akan meneruskan hasrat memfailkan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengaitkannya dengan video seks yang pelakunya mirip Ketua Pembangkang itu.Beliau berkata dakwaan Anwar itu perlu dijawab di mahkamah agar masyarakat tahu kedudukan sebenar isu terbabit.
"Kita bawa ke mahkamah kerana kalau tidak, apa yang disebar melalui luar dan Internet orang akan percaya kerana kita tidak jawab,” katanya kepada pemberita selepas penutupan mesyuarat perwakilan Puteri UMNO Sembrong, dekat sini hari ini.
Hishammuddin berkata tindakan ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)mengaitkannya dengan video seks tersebut semata-mata untuk mengalihkan perhatian masyarakat.
