Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 7 Jun 2011

‘Kepulangan’ Adenan semarak spekulasi pengganti KM





KUALA LUMPUR - Pelantikan Tan Sri Adenan Satem sebagai menteri dengan tugas-tugas khas negeri yang menguruskan sebahagian besar perkara berkaitan tanah, menyemarakkan spekulasi bahawa beliau berada semula di barisan hadapan bagi jawatan Ketua Menteri Sarawak.

Bekas menteri dalam Kabinet persekutuan ini adalah Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri sebelum dilantik ke jawatan yang baru, dan juga Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Meskipun beberapa penganalisis politik berhujah bahawa pelantikan Adenan menganggotai Kabinet negeri membayangkan kemungkinan terdapat perubahan besar dalam pelan peralihan Ketua Menteri, namun ada pihak yang percaya bahawa beliau mungkin tidak akan berada di barisan hadapan.

"Taib (Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud) melantik Adenan sebagai anggota Kabinet untuk memberi saingan (mengenai siapa yang perlu menggantikan beliau). Tidak ada beza pun memandangkan beliau (Adenan) telah menghadiri mesyuarat Kabinet (negeri) atas kedudukannya sebagai Penasihat Khas (kepada Ketua Menteri yang bertaraf menteri negeri). Pelantikan ini hanyalah untuk menjadikan kedudukan itu formal,” kata penganalisis politik Prof James Chin dari Monash University Malaysia.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular