Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 6 Jun 2011

Pondok rehat menjadi ‘Bar mini’ kaki botol

Pondok rehat yang dijadikan bar pada waktu malam di Seksyen 31, Shah Alam.manakala gambar kecil botol arak bertaburan di kawasan tersebur.




SHAH ALAM - Bukan setakat pemabuk, tetapi juga pengotor menyebabkan persekitaran pondok rehat di sekitar Seksyen 31, dekat sini, yang dibina pihak berkuasa untuk kegunaan penduduk tempatan dipenuhi sampah dan botol arak.

Sikap sekumpulan warga emas dan warga asing yang dipercayai menjadikan pondok rehat itu sebagai ‘bar terbuka’ pada waktu malam menyebabkan penduduk mulai bosan dan meminta tindakan segera diambil.

Penduduk, Samsuri Dalhar, berkata sikap pengotor dan suka meminum arak itu tidak bersesuaian dengan budaya tempatan serta tidak boleh dibiarkan berleluasa sehingga mengganggu kehidupan penduduk tempatan yang majoritinya Islam.

“Melihat pada jumlah botol arak yang bertaburan pada waktu pagi menunjukkan mereka meneguk arak secara keterlaluan,” katanya.

Katanya, botol arak murah yang bersepah menunjukkan kumpulan warga emas terbabit tidak peduli dengan kemungkinan terdedah bahaya.

Pekerja kilang, Saherah Kamarudin, 27, pula mendakwa ada kalanya warga emas terbabit berlonggok dan meneguk arak secara terbuka pada waktu siang tanpa mempedulikan kehadiran orang ramai yang berkunjung ke pasar raya berdekatan pondok rehat itu.

Malah, katanya, ada di antara warga asing terbabit meracau dan merayau di sekitar premis perniagaan berdekatan serta mengganggu orang ramai dengan meminta wang. “Ketika meminta wang, mereka seperti memaksa dan menyebabkan wanita ketakutan. Tindakan tegas perlu diambil terhadap warga asing yang dipercayai bekerja di beberapa kilang berdekatan bagi memastikan kawasan pondok rehat itu bersih,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular