Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 6 Jun 2011

Singapura atasi kadar kesuburan rendah antara fokus utama




SINGAPURA - Mengatasi kadar kesuburan menyeluruh (TFR) yang mencapai paras terendah 1.16, tahun lalu, merupakan antara fokus utama Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan (MCYS).

Cabarannya adalah bagi menggalakkan lebih ramai orang bujang berumah tangga, kata Pemangku Menteri Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan, Mejar-Jeneral (Kerahan) Chan Chun Sing, semalam.

'Salah satu sebab bagi kadar beranak yang rendah adalah lebih ramai yang tidak berumah tangga. Bagi mereka yang telah berumah tangga pula, perangkaan menunjukkan mereka menunjukkan prestasi yang baik (dari segi kadar prokreasi),' kata MG Chan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media setelah mengadakan lawatan ke bangunan Pejabat Pendaftar Perkahwinan (ROM) dan Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM) yang sudah hampir selesai menjalani kerja-kerja peningkatan.

MG Chan menambah, satu lagi cabaran adalah menyediakan lebih banyak peluang bagi golongan bujang bertemu dalam suasana kehidupan yang serba sibuk di Singapura.

Pemerintah akan melakukan sedaya upaya demi merangsang pasangan agar berumah tangga pada peringkat awal tetapi pada akhirnya keputusan itu terletak pada individu sendiri, akur MG Chan.

MG Chan berkata, MCYS sedang memantau dengan teliti kadar perceraian yang meningkat, yang menurutnya merupakan trend yang menjejas bukan sahaja Singapura malah negara lain.

Bangunan ROM dan ROMM di Fort Canning akan kembali beroperasi bermula Selasa depan, setelah berfungsi buat sementara waktu di bangunan Kementerian Pembangunan Negara (MND) sejak 26 Januari tahun lalu.

Setelah menjalani kerja-kerja ubah elok yang menelan belanja $4.2 juta, bangunan yang berusia lebih 27 tahun itu kini akan menawarkan sekitaran yang lebih menyenangkan, bertema 'Perkahwinan di Taman'.

Satu tarikan baru dengan landskap menghijau termasuk taman herba yang akan menyambut pengantin baru sejurus mereka keluar daripada bilik upacara melangsungkan perkahwinan atau akad nikah.

Pendaftar ROMM, Encik Syed Ahmad Syed Mohamed, berkata bahawa bangunan yang baru diubah elok itu juga meletakkan kesemua khidmatnya di aras pertama, tidak seperti dahulu iaitu pasangan Melayu/Islam harus ke tingkat atas untuk berjumpa kadi.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular