Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 13 November 2012

Tepung gandum pertama keluaran Bumiputera

Eksekutif Pemasaran Bidara Flour, Arifin Aziz menunjukkan tepung gandum yang dihasilkan.



KUALA LUMPUR - Berpengalaman dalam bidang perusahaan tepung gandum hampir 12 tahun menjadi pemangkin kepada Ahmad Hassan melebarkan perniagaannya selepas mengambil alih salah sebuah syarikat pada penghujung 2009.

Secara tidak langsung, Ahmad merupakan usahawan Bumiputera pertama yang mengeluarkan tepung gandum walaupun terpaksa mengeluarkan modal besar termasuk mendapatkan bantuan daripada Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB).

Pengeluaran tepung gandum di bawah kelolaan Bidara Flour Sdn Bhd mendapat permintaan tinggi dari hari ke hari sehingga mampu bergelar syarikat Bumiputera pertama sebagai pembekal tepung gandum.

Selain menguasai pasaran Malaysia, produk syarikat juga berjaya menembusi pasaran Singapura bagi produk sama dan bercadang membuka kilang memproses tepung dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menurutnya, tepung gandum Bidara Flour boleh didapati di pasar raya Mydin. Bagaimanapun, syarikat sedang berunding memasarkan produk itu di pasar raya besar Tesco dan Giant.

"Selain itu, syarikat sedang menjalinkan usaha sama dengan jabatan kerajaan, pusat zakat dan organisasi lain yang berminat dengan produk jenama Bidara Flour," katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular