Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 7 Jun 2011

Pertandingan Parang di Brunei meriahkan majlis perkahwinan

Antara parang yang dipertandingkan.




BANDAR SERI BEGAWAN - Mohd Hafiz Zulkifli dan Amirudin Haji Momin masing-masing memenangi kategori A dan B dalam Pertandingan Parang di Majlis Perkahwinan Awang Amin Haji Jahari yang berlangsung di Kampung Masin, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat di pertandingan yang julung-julung kalinya diadakan di negara ini dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pegawai Daerah Brunei dan Muara Haji Jamain Momin.

Pertandingan itu dianjurkan oleh Awang Amin Haji Jahari bersempena dengan Majlis Perkahwinan anaknya di kediaman beliau di Jalan Baldi Raya, Kampung Masin, di sini.

Menurutnya penyertaan yang melebihi 100 orang itu adalah tidak diduga apatah lagi dengan penyertaan dari Limbang, Sarawak.

Dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori A Terbuka, Sarung dan Ulu Parang Berukir (berlorek) dan Kategori B Urat Kayu Asli (berkurai).

Pemenang Kategori A, Mohd Hafiz merupakan peserta dari Limbang yang juga menjuarai Keseluruhan Terbaik.

Pertandingan itu dihakimi oleh tiga orang juri berpengalaman dalam bidang pembuatan parang. Salah seorang daripadanya ialah Haji And Wahid Hussin, pesara Pegawai dari Pusat Kesenian.

Ia dinilai dari segi kehalusan buatan sarung dan ulu parang, mata parang, kecantikan dan juga keunikan parang yang dipertandingkan.

Selain untuk mengeratkan tali silaturahim di kalangan peserta, ia juga bertujuan untuk menarik penyertaan belia untuk meneruskan khazanah yang hampir pupus dalam pembuatan parang.

Apabila ditanya apakah perancangan seterusnya, pihak penganjur mengumumkan akan mengadakan pertandingan seumpamanya yang melibatkan penyertaan seluruh Borneo.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular