Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 1 November 2012

4 beranak maut di tempat kejadian



ALOR SETAR - “Ketika menerima panggilan ada kemalangan maut melalui walkie-talkie, saya tidak mengesyaki apa-apa dan terus ke tempat kejadian untuk melihat keadaan sebenar.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, saya mendapati empat mayat dibawa keluar dari sebuah Perodua Viva manakala seorang lagi dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB),” kata Abdul Wahab Othman, 58, adik ipar mangsa nahas ngeri yang mengorbankan empat beranak, semalam.

Dalam kejadian itu, empat beranak yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Shafie Hamid, 57, isterinya, Che Faridah Ani, 60, serta dua anak mereka, Mohd Ittihal, 26, dan Nurul Faiz, 24.

Anak bongsu keluarga itu yang berada dalam kereta berkenaan, Mohd Iqbal Zakuan, 15, dilaporkan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi HSB.


Menurutnya, ketika itu, dia seperti mengenali nombor pendaftaran Perodua Viva dinaiki keluarga malang itu sebelum membuka kain penutup jenazah yang diletakkan di atas jalan seorang demi seorang.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular