Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 1 November 2012

Perhimpunan hidupkan Al-Arqam digagalkan


 RAWANG - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menggagalkan satu perhimpunan ajaran sesat, yang disyaki 'Aurad Muhammadiah' dan cubaan menghidupkan semula ajaran Al-Arqam di Bandar Country Homes di sini, malam tadi.

Perhimpunan itu, yang dinamakan Majlis Kenduri Mega dan Doa Selamat, melanggar Seksyen 12 (C), Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Serbuan Jais dibuat kira-kira jam 10.30 malam dan beberapa ahli jawatankuasa majlis ditahan bagi membantu siasatan.

Majlis Ulang Tahun ke-12 Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) sempena Milad Abuya Syeikh Imam Muhammad AtTamimi itu dihadiri hampir 3,500 orang. Awalnya dijangkakan hampir 5,000 orang akan hadir.

Difahamkan, serbuan yang diketuai Penolong Pengarah Seksyen Perundangan dan Kesalahan Unit Dasar Penyelewengan Jais, Sharom Maarof itu diadakan kerana ada cubaan untuk menghidupkan kembali ajaran Al-Arqam, berdasarkan sambutan tersebut yang diadakan bagi memperingati pengasasnya Allahyarham Ashaari Muhammad.

Juga difahamkan, lebih 20 orang tetamu termasuk Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Badrulamin Baharon ditahan untuk diambil keterangan dan membantu siasatan.

Seorang timbalan pengarah perhimpunan, yang dikenali sebagai Nawawi, ketika disoal siasat pegawai penguat kuasa Jais berkata, perhimpunan diadakan sempena sambutan ulang tahun keputeraan Ashaari Muhammad bertemakan "Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib".

Berlaku sedikit kekecohan antara pengikut ajaran dengan anggota penguat kuasa Jais kerana enggan mengikut arahan membantu siasatan.

Serbuan malam tadi turut mendapat kerjasama pihak polis.

Al-Arqam merupakan gerakan agama yang diasaskan oleh Ashaari.

Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya di kalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia ini. Gerakan itu diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.

Ashaari meninggal dunia pada 13 Mei 2010 akibat jangkitan paru-paru.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular