Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 11 November 2012

Ada mahasiswa IPT tawar jadi gigolo?

KUALA LUMPUR -  “Mereka generasi yang tak takut lagi kepada dosa dan apa dibuatnya itu sudah jadi satu keseronokan lebih-lebih penuntut yang mahu sentiasa disalut kemewahan,” kata Pensyarah Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datin Dr Noor Aziah Mohd Awal.

Beliau mengulas laporan Media semalam mengenai pengakuan pelajar institusi pengajian tinggi yang sanggup menawarkan khidmat sebagai gigolo atau pengiring sosial untuk meraih wang dengan cara mudah.

Semua dilakukan dengan hanya bermodalkan wajah kacak, berpenampilan menarik dan mahir memuaskan nafsu wanita gersang serta ketagih belaian lelaki muda dikenali ‘mak ikan’.

Menurutnya, memperlihatkan situasi semasa masalah sosial, desakan hidup bukan lagi menjadi satu-satunya alasan mengapa penuntut universiti sanggup terbabit dengan kegiatan terkutuk itu apatah lagi ibarat menjual badan.

“Banyak faktor mendorong mereka untuk melakukan demikian bukan semata-mata desakan hidup saja, tetapi lebih utama adalah keinginan mereka yang mahu sentiasa mewah dan dapat apa diinginkan mengatasi segala-galanya.

“Mereka seolah mencapai keseronokan berganda apabila dapat lakukan cara begini sekali gus mengatasi tahap ketakutan kepada Allah S.W.T. Inilah yang kita bimbangkan sangat,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Noor Aziah yang juga Pengerusi Program Khidmat Nasihat Persatuan Wanita UKM (Sukmanita) berkata, beliau turut mengendalikan pelbagai kes membabitkan penuntut bermasalah, namun tidak mampu menginsafkan mereka.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular