Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 11 November 2012

Warga emas mati terkejut selepas lihat puting beliung

ALOR GAJAH - Seorang lelaki warga emas menemui ajal dipercayai akibat terkejut selepas melihat puting beliung di rumahnya di Kampung Telok Gong, Masjid Tanah di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 8.45 pagi itu, Hasan Olok, 70, meninggal dunia dalam keadaan terbaring sejurus melihat angin puting beliung dari arah laut yang turut menerbangkan zink 33 buah rumah di kampung itu.

Menurut anak mangsa, Mohd. Azri, 26, beberapa minit sebelum kejadian, bapanya yang mahu mengambil angin telah pergi ke pantai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka.

"Selepas dia keluar, saya terdengar bunyi angin kuat lalu panggil ayah masuk ke dalam rumah. Ketika itu, saya sempat lihat angin seperti puting beliung sedang bergerak laju menuju ke pantai dari arah tengah laut," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Lebih 30 buah rumah mengalami kerosakan selepas dilanda angin puting beliung di Kampung Telok Gong Kuala Sungai Baru.
  
Penolong Pengarah Operasi Bomba Melaka Lokman Hakim Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan pada 9.11 pagi sebelum dua jentera dari balai bomba Masjid Tanah dan Alor Gajah dengan sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
  
Beliau berkata puting beliung selama lima minit yang dipercayai datang dari arah laut itu menyebabkan kerosakan pada bahagian bumbung kebanyakan rumah yang terlibat.
  
"Siasatan awal mendapati tujuh rumah mengalami kerosakan teruk sehingga hampir memusnahkan keseluruhan premis," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
  
Beliau berkata bilangan mangsa yang terlibat dalam kejadian itu dianggarkan melebihi 100 orang namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan



PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular