Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 11 November 2012

Kewaja: ‘Kami diaibkan’


Yahya menunjukkan notis sita oleh JKM.


KUALA LUMPUR - “Lebih 20 tahun kami membuat kerja bagi menutup aib pelatih dan keluarga yang bermasalah, akhirnya kami sendiri telah diaibkan,” kata pengendali dan Pengetua Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof apabila pusat perlindungan itu ditutup dan disita oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan, kelmarin.

Beliau yang mengusahakan pusat itu bersama isterinya, Ruzitah Bahrum berkata, laporan media yang mengatakan 69 penghuni diselamatkan tidak benar sama sekali apabila Kewaja yang memberi perlindungan kepada mereka.

Menurutnya, pusat jagaan itu selama ini telah menjadi rumah perlindungan kepada pelatih bermasalah sehinggakan banyak keluarga merayu untuk menempatkan ahli keluarga di sini apabila kebanyakan pusat lain tidak boleh menerima mereka.

“Tapi media melaporkan perkara yang tidak benar dengan membuat fitnah, laporan negatif dan mengaibkan kami sedangkan Kewaja cuba membantu kerajaan bagi mengurangkan masalah sosial,” katanya kepada wartawan ketika memperjelaskan kedudukan sebenar apabila beberapa laporan dianggap berat sebelah tanpa merujuk kepada Kewaja.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular