Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 14 November 2012

Dua pencuri bagasi penumpang tumpas

SHAH ALAM -  Dua lelaki Algeria yang menyamar pengunjung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, bagi melarikan bagasi milik penumpang ditahan, Sabtu lalu.

Suspek berusia 36 dan 48 tahun itu ditahan polis yang curiga dengan kehadiran mereka berlegar di sebuah restoran di KLIA. Polis curiga apabila seorang daripada suspek keluar dari restoran dengan membawa sebuah bagasi jam 11.20 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, sebaik keluar dari restoran, suspek bertemu seorang rakan sebelum kedua-duanya berjalan keluar dari terminal.

Mohd Adnan berkata, tindakan pantas anggota polis berjaya menahan kedua-dua suspek dan siasatan mendapati bagasi yang berada bersama suspek milik seorang ahli perniagaan berusia 50-an yang

menunggu penerbangan pulang ke Sabah.

“Tiada kerugian dilaporkan kerana suspek tidak sempat mengambil barangan dalam bagasi berkenaan.

“Siasatan awal mendapati suspek masuk ke Malaysia sebagai pelancong dan polis akan menyiasat ketulenan pasport mereka kerana ramai penjenayah dari luar negara menggunakan pasport palsu untuk masuk ke negara ini,” katanya di sini, semalam. Dua lelaki itu direman sehingga 24 November ini untuk siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular