Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 15 November 2012

Mufti Perlis letak jawatan AJK Baitulmal Perlis

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya

SHAH ALAM - Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dipercayai telah meletakkan jawatan sebagai ahli jawatankuasa Baitulmal Perlis berkuat kuasa Jumaat lalu kerana tidak gembira dengan pengurusan dan pentadbiran agensi tersebut.

Difahamkan surat peletakan jawatan telah dihantar kepada pengurusan tetapi tidak pasti sama ada keputusan itu atau diterima atau tidak.

Bagaimanapun Juanda ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.

Juanda selaku Mufti Perlis dilantik menduduki jawatankuasa secara automatik dan bertindak sebagai ‘penasihat’ agensi tersebut.

“Beliau (Juanda) tidak gembira dengan cara pengurusan, ada perkara yang beliau tidak berpuas hati.

“Selepas teguran dan nasihat tidak diterima, beliau dikatakan mengambil keputusan untuk berhenti daripada ahli jawatankuasa dan penasihat,” kata sumber itu.

Sumber yang dipercayai bahawa Juanda Jaya telah meletakkan jawatan sebagai ahli jawatankuasa Baitulmal.

“SAMM Perlis juga difahamkan peletakan jawatan Dr Juanda dalam agensi pengurusan zakat negeri adalah ekoran daripada sikap pemimpin negeri yang didakwa membelanjakan wang zakat tanpa mengikut prosedur sebenar dan mengarut antaranya ialah pergi melancong tanpa terlebih dahulu dibawa berbincang dalam mesyuarat Baitulmal,” kata Penyelaras SAMM Perlis, Asrul Nizam Abd Jalil.

Selain itu, dakwanya, perbelanjaan wang zakat Baitulmal Perlis juga tidak meletakkan keutamaan yang saksama kepada pecahan - asnaf dan dalam banyak keadaan ia nampak lebih menjurus kepada agensi perniagaan berbanding kebajikan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular